Syakirah Abdullah
Hai! Nama saya adalah Syakirah Abdullah. Saya belajar di Sekolah Rendah Woodgrove. Saya tinggal di Woodlands.Saya peramah,kelakar,
serius, suka mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan, suka mendengar muzik. Untuk catatan-catatan yang lain di dalam blog
ini, saya akan menerangkan kenapa saya memilih membaca sebagai kegemaran saya.
Kawan-kawan yang rapat dengan saya ialah Aisyah, Kaiyisah, Ruoting, Jilene, HuiYi dan Adliah. Mereka sering membantu saya dalam kerja
sekolah saya.
Saya juga amat menyanyangi keluarga saya! Ibu bapa saya ialah Abdullah Bin Hussain dan Amidah Binti Abdul Hamid. Saya pun ada tiga
abang yang lebih tua daripada saya iaitu Mohammed Adib, Mohammed Azizan dan Mohammed Arsyad. Saya adalah bongsu dalam adik-beradik
saya. Jumpa Lagi!
5:31 AM
Friday, July 11, 2008
Membaca adalah hobi yang digemari ramai. Saya adalah salah seorang daripadanya.Inilah antara faedah yang boleh diperoleh daripada membaca:
Memperkayakan kosa kata.
Memperbaiki penggunaan bahasa saya.
Dapat meluaskan pengetahuan. Saya dapat mengetahui keadaan di luar dan di dalam negeri, adat istiadat sesuatu kaum dan lain-lain.