Syakirah Abdullah
Hai! Nama saya adalah Syakirah Abdullah. Saya belajar di Sekolah Rendah Woodgrove. Saya tinggal di Woodlands.Saya peramah,kelakar,
serius, suka mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan, suka mendengar muzik. Untuk catatan-catatan yang lain di dalam blog
ini, saya akan menerangkan kenapa saya memilih membaca sebagai kegemaran saya.
Kawan-kawan yang rapat dengan saya ialah Aisyah, Kaiyisah, Ruoting, Jilene, HuiYi dan Adliah. Mereka sering membantu saya dalam kerja
sekolah saya.
Saya juga amat menyanyangi keluarga saya! Ibu bapa saya ialah Abdullah Bin Hussain dan Amidah Binti Abdul Hamid. Saya pun ada tiga
abang yang lebih tua daripada saya iaitu Mohammed Adib, Mohammed Azizan dan Mohammed Arsyad. Saya adalah bongsu dalam adik-beradik
saya. Jumpa Lagi!
6:14 AM
Friday, July 18, 2008
Buku Cerita Yang Amat Saya GemariIdea asal Ashadi Zain dan Fred Suriya
Tajuk: Dicakar Hantu
Sinopsisnya:
Kaki Alif menolak dengan laju supaya dia dapat mendaki bukit itu dengan menggunakan papan selajunya. Alif hampir berjaya melakukannya tetapi tiba di pertengahan bukit, papan selajunya menggelongsor ke bawah dengan Alif sendiri tersungkur mencium tanah!
"Aduh...."
Pasukan Zainal ketawa melihat keadaan Alif yang tertonggeng. Alif cepat-cepat bangun.
Siri ADAM KECIL ini mengandungi 7 cerita pendek yang berkisar pada zaman kanak-kanak. Setiap cerita mempunyai pengajaran yang dapat dijadikan tauladan.
7 cerita dalam Dicakar Hantu ini ialah:
Bijak! Bijak!
Cikgu Murni Tersayang
Sabotaj
Pantang Dicabar
Ayuh Memancing!
Panas! Panas!
Dicakar Hantu
Sesuai untuk bacaan seisi keluarga.
Ingat ya! Membaca memperbaiki bahasa anda!