Syakirah Abdullah
Hai! Nama saya adalah Syakirah Abdullah. Saya belajar di Sekolah Rendah Woodgrove. Saya tinggal di Woodlands.Saya peramah,kelakar,
serius, suka mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan, suka mendengar muzik. Untuk catatan-catatan yang lain di dalam blog
ini, saya akan menerangkan kenapa saya memilih membaca sebagai kegemaran saya.
Kawan-kawan yang rapat dengan saya ialah Aisyah, Kaiyisah, Ruoting, Jilene, HuiYi dan Adliah. Mereka sering membantu saya dalam kerja
sekolah saya.
Saya juga amat menyanyangi keluarga saya! Ibu bapa saya ialah Abdullah Bin Hussain dan Amidah Binti Abdul Hamid. Saya pun ada tiga
abang yang lebih tua daripada saya iaitu Mohammed Adib, Mohammed Azizan dan Mohammed Arsyad. Saya adalah bongsu dalam adik-beradik
saya. Jumpa Lagi!
12:39 AM
Saturday, July 26, 2008
:: Fesyen Tidak Ikat Rambut ::
Inilah saya! Harap jangan ketawakan gamabar ini!
:: Fesyen Ikat Rambut ::
5:19 AM
Thursday, July 24, 2008
Inilah pantun keempat dan terakhir untuk anda!Saya diberi seutas rantai,
Rantai tersebut diperbuat kaca,
Janganlah asyik bersantai,
Luaskan pengetahuan melalui membaca.
Ingat ya! Jangan lupa membaca sekurang-kurangnya hari-hari! Inilah penghabisan blog saya. Sekian Dahulu , Jumpa Lagi!
5:13 AM
Inilah pantun ketiga tentang membaca untuk anda!
Manusia mempunyai sepasang mata,
Manusia juga mempunyai nama,
Anda diberi buku cerita,
Marilah membaca bersama-sama!
Ingat ya! Membaca sangat penting kepada diri anda!
Labels: n
4:00 AM
Inilah pantun kedua tentang membaca juga untuk anda!
Pasu itu pasu kaca,
Memilih pasu mengambil masa,
Marilah anda, kita membaca,
Untuk memperluaskan ilmu bahasa.
Ingat ya! Membaca menolong anda mereka pantun-pantun yang baik!
3:52 AM
Inilah pantun pertama tentang membaca untuk anda!
Beroda tiga namanya beca,
Lama mengayuh penat rasanya,
Isikan masa dengan membaca,
Dapat menambah ilmu setiap masa.
Ingat ya! Pantun ini dibina khas untuk menasihati anda supaya membaca!
1:18 AM
Inilah Ulasan Buku Tentang Buku Yang Pernah Saya Baca:Buku: Bukan DirikuPenulis: Camry Haji YusofSinopsisnya:Hidup Azran bermula tenang sebelum menerima kehadiran Maryam, gadis yang luarnya nampak sempurna namun terluka di dalam.Lewati kisah Maryam yang penuh ranjau menimbulkan rasa cinta di hati Azran. Namun cinta dua manusia yang hanya 16 tahun bernafas di muka bumi hanya meninggalkan persoalan, demi persoalan.Dalam tubuh yang cedera, namun tidak nampak lukanya, harus dengan siapakah Azran bercinta? Dengan diri Maryam atau dengan hidup Maryam? Dan jika benar cinta itu ada, mengapa harus dibiarkan ia menjadi barah.Sedikit sahaja pesan ibu, "Ibu tidak hendak anak ibu mati kerana perempuan, hidup bukan untuk itu!"Getar hatinya dapat meneka akan akhir cerita cinta tidak akan selalu berkesudahan dengan bahagia. Dan, Azran masih mempunyai waktu, untuk membetulkan segala apa yang tertunda....Ingat ya! Membuat ulasan buku baik untuk imbas kembali apa yang telah dibaca oleh anda!
1:01 AM
Inilah Senarai Buku-Buku Ingerris Yang Telah Dibaca Oleh Saya :
- The Tale of Despereaux
- The Secret Diary of Adrian Mole Age of 13 3/4
- A Series of Unfortunate Events Book The First , The Bad Beginning
- A Series of Unfortunate Events Book The Second, The Reptile Room
- A Series of Unfortunate Events Book The Third, The Wide Window
- A Series of Unfortunate Events Book The Fourth, The Miserable Mill
- A Series of Unfortunate Events Book The Fifth, The Austere Academy
- A Series of Unfortunate Events Book The Sixth, The Ersatz Elevator
- A Series of Unfortunate Events Book The Seventh, The Vile Village
- A Series of Unfortunate Events Book The Eighth, The Hostile Hospital
- A Series of Unfortunate Events Book The Ninth, The Carnivorous Carnival
- A Series of Unfortunate Events Book The Tenth, The Slippery Slope
- A Series of Unfortunate Events Book The Eleventh, The Grim Grotto
- A Series of Unfortunate Events Book The Twelth, The Penultimate Peril
- A Series of Unfortunate Events Book The Thirteenth, The End
Ingat ya! Membaca ada banyak faedah kepadanya!
12:05 AM
Inilah Senarai Buku-Buku Melayu Yang Telah Dibaca Oleh Saya :
- Adam Kecil : Terlebih Makan
- Adam Kecil : Konspirasi Doktor
- Adam Kecil : Debaran Buku Biru
- Adam Kecil : Hampir Kena Tangkap!
- Adam Kecil : Lari Dari Rumah
- Adam Kecil : Bertarung Dengan Kerengga
- Sahabat Kole Kacang
- Pelangi: Hadiah Untuk Kawan
- Dunia Sains Aiman : Kereta Solar
- Oren! Warna Kehidupan
- Daniel Dan Nome
- Koleksi Cerita Rakyat Jepun (1)
- Alun Hidup
- Mis3 Rasa Puisi - Puisi Noor Hasnah Adam
- Kelarai Cerpen - Cerpen Noor Hasnah Adam
Ingat ya! Membaca amat penting untuk pemikiran anda!
2:19 AM
Monday, July 21, 2008
Inilah buku-buku yang telah dimenang oleh saya!
Tajuk Buku : Rusell Sprouts
Penulis : Johanna Hurwitz
Saya memenang buku ini kerana menjadi Pembaca Buku Terbanyak (Top Reader) pada tahun 2007. Saya membaca 26 buku pada Mei tahun lalu.
Tajuk : Doug Chronicles : Itchy Situation
Penulis:Jeffrey Nodelman
Saya memenang buku ini kerana mendapat tempat pertama Pertandingan Kuiz 'Quizzie Winnie' di sekolah saya setiap bulan. Saya amat bangga pada diri saya apabila guru saya pemenang kuiz ini.
:: Perasaan Saya :: Saya amat gembira dengan kejayaan saya.
:: Harapan Saya :: Saya ingin memenangi sekutang-sekurangnya 1 buku Ingerris dan 1 buku Melayu pada tahun ini.
Ingat ya! Membaca dapat mengetahui keadaan di luar dan di dalam negeri untuk pengetahuan anda!
6:07 AM
Saturday, July 19, 2008
Inilah beberapa perpustakaan yang telah saya kunjungi:
1) Perpustakaan Masyarakat Bedok:
Alamat : 21 Bedok North Street 1
Singapura 469659
Masa Beroperasi: Isnin - Ahad , 10.00 pagi - 9.00 malam
Tutup pada pukul 5.00 petang pada hari menjelang Hari Natal, Hari Tahun Baru dan Hari Tahun Baru Cina
Tutup ketika hari cuti umum
24 jam Tempat Meletak Buku
Telefon: 6332 3255
Fax: 6244 4917
Bagaimana hendak ke Perpustakaan Masyarakat Bedok:
Stesen MRT dan Bas Terdekat: Bedok
Nombor Bas: SBS 7, 9, 14, 17, 18, 25, 26, 30, 32, 33, 40, 66, 69, 87, 35, 38, 168, 196, 197, 222, 225, 228, 229, 401, 506, NR8 SMRT 854
Gambaran: Perpustakaan Masyarakat Bedok telah dirasmikan pada 28 September 1985 oleh Prof S Jayakumar , Menteri Undang-undang dan Luar Negeri. Perpustakaan ini meliputi kawasan seluas 5088 meter persegi dan memberi khidmat pada Kawasan Selatan Timur Bedok North, Bedok Reservoir, Bedok South, Frankel, Kaki Bukit and Kembangan.
2)Perpustakaan Masyarakat Pasir Ris:
Alamat : 1 Pasir Ris Central St 3#04-01/06 White Sands
Singapura 518457
Masa Beroperasi:Isnin - Ahad , 11.00 pagi - 9.00 malam
Tutup pada pukul 5.00 petang pada hari menjelang Hari Natal, Hari Tahun Baru dan Hari Tahun Baru Cina
Tutup ketika hari cuti umum
Masa Beroperasi Tempat Meletak Buku : 10.00am - 10.00pm
Bagaimana hendak ke Perpustakaan Masyarakat Pasir Ris:
Stesen MRT Terdekat: Pasir Ris
Nombor Bas : SBS 3, 6, 12, 15, 17, 21, 88, 403, 518 (alighting at Pasir Ris Interchange)SBS 39, 53, 81, 89, 109SBS Feeder Services 354, 358, 359 (alighting at Pasir Ris Interchange)
Gambaran: Perpustakaan Masyarakat Pasir Ris telah dirasmikan pada 6 Oktober 2000 oleh NS Laksmana Teo Chee Hean , Menteri Kanan Pendidikan dan Menteri Kedua Pertahanan. Perpustakaan ini meliputi kawasan seluas 1797 meter persegi dan memberi khidmat pada Kawasan Utara Timur Elias, Pasir Ris Drive and Pasir Ris Town. Terletak di Pusat Membeli-belah White Sands yang terkenal, Perpustakaan Masyarakat Pasir Ris adalah perpustakaan pusat membeli-belah yang kedua yang terbesar dalam semua perpustakaan umum selepas Perpustakaan Masyarakat Sengkang.
3)Perpustakaan Masyarakat Sembawang:
Alamat : 30 Sembawang Drive#03-01 Sun Plaza
Singapura 757713
Masa Beroperasi:Isnin - Ahad , 11.00 pagi - 9.00 malam
Tutup pada pukul 5.00 petang pada hari menjelang Hari Natal, Hari Tahun Baru dan Hari Tahun Baru Cina
Tutup ketika hari cuti umum
Masa Beroperasi Tempat Meletak Buku : 10.00 pagi - 10.00 malam
Telefon: 6332 3255
Fax: 6852 8180
Bagaimana hendak ke Perpustakaan Masyarakat Sembawang:
Stesen MRT dan Bas Terdekat : Sembawang
Nombor Bas : SMRT 167, 859, 882, 980, 981 SMRT 962 (via Sembawang Drive)
Gambaran: Perpustakaan Masyarakat Sembawang telah dirasmikan pada 11 Ogos 2000 oleh Encik K Shanmugan , Ahli Parliamen GRC Sembawang.Perpustakaan ini meliputi kawasan seluas 1361 meter persegi dan terletak di Pusat Membeli-belah Sun Plaza. Perpustakaan ini juga memberi khidmat pada Kawasan Utara Barat Lim Chu Kang, Mandai, Sembawang, Simpang, Sungei Kadut, Woodlands and Yishun.
4)Perpustakaan Nasional Woodlands:
Alamat : Woodlands Regional Library
900 South Woodlands Drive
Woodlands Civic Centre, #01-03
Singapura 730900
Masa Beroperasi:Isnin - Ahad , 10.00 pagi - 9.00 malam
Tutup pada pukul 5.00 petang pada hari menjelang Hari Natal, Hari Tahun Baru dan Hari Tahun Baru Cina
Tutup ketika hari cuti
24-jam Tempat Meletak Buku
Telefon: 6332 3255
Fax: 6767 3936
Bagaimana hendak ke Perpustakaan Masyarakat Woodlands:
Stesen MRT dan Bas Terdekat : Woodlands
Nombor Bas : SMRT 169, 178, 187, 856, 858, 900, 901, 902, 903, 911, 912, 913, 925, 926, 960, 961,962, 963, 964, 965, 966, 969SBS 161, 168
Gambaran: Perpustakaan Regional Woodlands telah dirasmikan pada 28 April 2001 oleh Dr Tony Tan , Naib Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Perpustakaan ini mempunyai 4 tingkat dan besment yangmeliputi kawasan seluas 11100 meter persegi dan memberi khidmat pada kawasan Utara.
5) Perpustakaan Nasional Tampines
Alamat : 31, Tampines Ave 7
Singapore 529620
Masa Beroperasi:Isnin - Ahad , 10.00 pagi - 9.00 malam
Tutup pada pukul 5.00 petang pada hari menjelang Hari Natal, Hari Tahun Baru dan Hari Tahun Baru Cina
Tutup ketika hari cuti umum
24-jam Tempat Meletak Buku
Telefon: 6332 3255
Fax: 6788 8269
Bagaimana hendak ke Perpustakaan Masyarakat Tampines:
Stesen MRT dan Bus Terdekat , Tampines
Nombor Bas : SBS 8, 15, 18, 19, 27, 28, 29, 37, 38, 81, 168, 291, 293
Gambaran: Perpustakaan Regional Tampines telah dirasmikan pada 3 Disember 1994 oleh Dr Aline Wong , Menteri Kanan Pendidikan dan Kesihatan. Perpustakaan ini diubahsuai pada 1998 dengan kemudahan dan perkhidmatan yang baru dan lebih baik. Perpustakaan Regional Tampines ini adalah perpustakaan regional yang pertama dan terletak dekat pada Stesen Bas dan MRT Tampines. Perpustakaan ini meliputi kawasan seluas 6208 meter persegi.Saya amat gembira apabila sesudah dapat buku-buku yang saya suka membaca di perpustakaan. Saya puas dengan perkhidmatan perpustakaan-perpustakaan yang telah saya kunjungi.Ingat ya! Membaca dapat meluaskan pengetahuan anda!
6:14 AM
Friday, July 18, 2008
Buku Cerita Yang Amat Saya GemariIdea asal Ashadi Zain dan Fred Suriya
Tajuk: Dicakar Hantu
Sinopsisnya:
Kaki Alif menolak dengan laju supaya dia dapat mendaki bukit itu dengan menggunakan papan selajunya. Alif hampir berjaya melakukannya tetapi tiba di pertengahan bukit, papan selajunya menggelongsor ke bawah dengan Alif sendiri tersungkur mencium tanah!
"Aduh...."
Pasukan Zainal ketawa melihat keadaan Alif yang tertonggeng. Alif cepat-cepat bangun.
Siri ADAM KECIL ini mengandungi 7 cerita pendek yang berkisar pada zaman kanak-kanak. Setiap cerita mempunyai pengajaran yang dapat dijadikan tauladan.
7 cerita dalam Dicakar Hantu ini ialah:
Bijak! Bijak!
Cikgu Murni Tersayang
Sabotaj
Pantang Dicabar
Ayuh Memancing!
Panas! Panas!
Dicakar Hantu
Sesuai untuk bacaan seisi keluarga.
Ingat ya! Membaca memperbaiki bahasa anda!
4:12 AM
Thursday, July 17, 2008
Ashadi Zain ialah seorang yang mempunyai bakat yang tinggi. Beliau juga mempunyai semangat mahu berjaya dalam apa yang diusahakan. Ashadi Zain , 27 tahun , adalah seorang Senior Accountant di sebuah bank. Beliau penulis PTS yang paling gigih. Buku pertama beliau banyak menerima maklum balas negatif daripada pembeli. Beliau tidak memperbaiki bukunya yang teruk dikritik itu. Beliau menulis buku-buku lain. Kali ini buku-buku itu tidak lagi dikritik teruk oleh pembaca, tetapi buku-buku itu tidak pula bergerak laju. Masuk tahun keempat, barulah ada tanda-tanda nama Ashadi Zain mulat diterima oleh pasaran.
Ingat ya! Membaca memperkayakan kosa kata anda!
5:31 AM
Friday, July 11, 2008
Membaca adalah hobi yang digemari ramai. Saya adalah salah seorang daripadanya.Inilah antara faedah yang boleh diperoleh daripada membaca:
Memperkayakan kosa kata.
Memperbaiki penggunaan bahasa saya.
Dapat meluaskan pengetahuan. Saya dapat mengetahui keadaan di luar dan di dalam negeri, adat istiadat sesuatu kaum dan lain-lain.